Monday, March 9, 2009
Bahasa Oh Bangsa,
1.Salam.Aku sebenarnya malas nak sentuh bab PPMSI kat sini tapi bila aku teringat nasib tulisan jawi dan anak bangsaku,terasa terpanggil untuk cuba beri sedikit pandangan. 2.Sejak tulisan jawi terhakis dan semakin lenyap dari kehidupan anak bangsaku,sejak itulah jati diri bangsaku semakin terhapus tanpa disedari. 3.Berleluasanya pelbagai gejala yang merosakkan dan menyesakkan kehidupan bangsaku. Sedangkan betapa bangganya anak bangsaku sedikit masa lalu bila mana bangsa asing dan kaum lain juga turut menggunakan tulisan jawi dalam segala urusan rasmi. 4.Kini bahasa kebanggaan negara tercintaku pula seperti diperlekehkan.Aku takut seandainya lenyap bahasa melayu ini maka akan lenyaplah bangsa melayuku.Mungkin melayu masih ada tapi jati diri langsung lenyap.Atau adakah ini memungkinkan bangsaku di'Yahudi'kan atau di'Nasrani'kan atau dimajusikan tanpa disedari. Jauhkanlah semua kemungkinan itu. 5.Sekarang pun aku lihat bangsaku sudah longgar pegangannya.Malah ramai yang telah bertukar agama.Ini adalah hakikat yang perlu kita terima.Lihatlah di mana-mana sekarang anak-anak bangsaku melayu hanya pada rupa tapi cara hidup jauh berbeza sudah lebih kebaratan.Hakikatnya kita sendiri yang mengizinkan penjajahan pemikiran dalam hidup kita.Inilah yang dikata merdeka pada zahirnya tapi pemikiran terjajah malah lebih teruk dari zaman penjajahan dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment