Saturday, February 28, 2009

GoBlock???

English go block dalam erti melayu 'go' bermakna pergi,'block' pula bongkah;merintang;sekelompok rumah.Namun bagi orang jawa membawa maksud bodoh,tolol,bangang kalau terlebih semua itu gila.Ya lah,bukankah kalau dah terlampau bodoh,tolol,bangang tak guna akal atau tak ada akal gila namanya.Sebutan sama tetapi ejaan berbeza.
Maaflah sebab aku tak tahu bagaimana nak tulis tulisan jawa asli walaupun aku pernah lihat seperti tulisan siam.Kalau orang melayunya tulisan jawi.Yang pastinya kebanyakan orang jawa di Malaysia sendiri tak tahu.Orang jawa Indonesia sendiri pun ramai yang tak tahu.Aku memang pasti.Kenapa?Sudah tentunya kerana perubahan sistem baik dari segi dasar kerajaan di sana mahupun masyarakatnya sendiri.Itulah juga yang berlaku di tanah airku yang tercinta ini.Lihatlah apa dah terjadi pada tulisan jawi?Kemudian bahasa melayu pula menjadi mangsa.Sekarang aku lihat banyaknya melayu nak jadi orang putih.Walaupun kulit gelap.Apa yang nak dibanggakan pun aku tak faham orang putih ni.                                                                     Melayu Oh Melayu...lama-lama melayut,melalut...Inilah kebodohan atau kegilaan manusia yang sememangnya penuh dengan kegilaan.Orang jawa kata goblokan.Lebih tepat ea'dhan.Yang pasti GoBlock membawa banyak maksud yang tersirat yang masih lagi belum benar-benar tersurat.Sudah pastinya cuba untukku kupas.

No comments:

Post a Comment