Wednesday, May 6, 2009

  • Sekadar sekelumit keresahan dalam benak jiwaku.Hidup ini satu perjalanan yang singkat walau bila diukur pada usia seperti panjang dan jauh perjalanannya.Soalnya berapa ramai di kalangan kita merasa perjalanan hidupnya terasa amat panjang?
  • Semestinya semua orang terdetik di dalam hati...eh rupanya umur ku sudah sekian sekian...eh,rupanya aku sudah semakin tua.
  • Tapi, adakah antara kita terdetik di hatinya...eh,aku sudah hampir sangat dengan kematian.
  • Dan.....siapakah di antara kita semua yang bisa memberi jaminan tiap detik akan datang pasti adanya kehidupan...
  • Berapa banyak kebaikan untuk dibawa sebagai bekalan...

Monday, March 9, 2009

Bahasa Oh Bangsa,

1.Salam.Aku sebenarnya malas nak sentuh bab PPMSI kat sini tapi bila aku teringat nasib tulisan jawi dan anak bangsaku,terasa terpanggil untuk cuba beri sedikit pandangan.
2.Sejak tulisan jawi terhakis dan semakin lenyap dari kehidupan anak bangsaku,sejak itulah jati diri bangsaku semakin terhapus tanpa disedari.
3.Berleluasanya pelbagai gejala yang merosakkan dan menyesakkan kehidupan bangsaku. Sedangkan betapa bangganya anak bangsaku sedikit masa lalu bila mana bangsa asing dan kaum lain juga turut menggunakan tulisan jawi dalam segala urusan rasmi.
4.Kini bahasa kebanggaan negara tercintaku pula seperti diperlekehkan.Aku takut seandainya lenyap bahasa melayu ini maka akan lenyaplah bangsa melayuku.Mungkin melayu masih ada tapi jati diri langsung lenyap.Atau adakah ini memungkinkan bangsaku di'Yahudi'kan atau di'Nasrani'kan atau dimajusikan tanpa disedari. Jauhkanlah semua kemungkinan itu. 
5.Sekarang pun aku lihat bangsaku sudah longgar pegangannya.Malah ramai yang telah bertukar agama.Ini adalah hakikat yang perlu kita terima.Lihatlah di mana-mana sekarang anak-anak bangsaku melayu hanya pada rupa tapi cara hidup jauh berbeza sudah lebih kebaratan.Hakikatnya kita sendiri yang mengizinkan penjajahan pemikiran dalam hidup kita.Inilah yang dikata merdeka pada zahirnya tapi pemikiran terjajah malah lebih teruk dari zaman penjajahan dulu.                                                                                                              

Saturday, February 28, 2009

GoBlock???

English go block dalam erti melayu 'go' bermakna pergi,'block' pula bongkah;merintang;sekelompok rumah.Namun bagi orang jawa membawa maksud bodoh,tolol,bangang kalau terlebih semua itu gila.Ya lah,bukankah kalau dah terlampau bodoh,tolol,bangang tak guna akal atau tak ada akal gila namanya.Sebutan sama tetapi ejaan berbeza.
Maaflah sebab aku tak tahu bagaimana nak tulis tulisan jawa asli walaupun aku pernah lihat seperti tulisan siam.Kalau orang melayunya tulisan jawi.Yang pastinya kebanyakan orang jawa di Malaysia sendiri tak tahu.Orang jawa Indonesia sendiri pun ramai yang tak tahu.Aku memang pasti.Kenapa?Sudah tentunya kerana perubahan sistem baik dari segi dasar kerajaan di sana mahupun masyarakatnya sendiri.Itulah juga yang berlaku di tanah airku yang tercinta ini.Lihatlah apa dah terjadi pada tulisan jawi?Kemudian bahasa melayu pula menjadi mangsa.Sekarang aku lihat banyaknya melayu nak jadi orang putih.Walaupun kulit gelap.Apa yang nak dibanggakan pun aku tak faham orang putih ni.                                                                     Melayu Oh Melayu...lama-lama melayut,melalut...Inilah kebodohan atau kegilaan manusia yang sememangnya penuh dengan kegilaan.Orang jawa kata goblokan.Lebih tepat ea'dhan.Yang pasti GoBlock membawa banyak maksud yang tersirat yang masih lagi belum benar-benar tersurat.Sudah pastinya cuba untukku kupas.